Kebaikan Menggunakan Telefon Pintar

Kebaikan Menggunakan Telefon Pintar

Kebaikan Menggunakan Telefon Pintar
Kebaikan Menggunakan Telefon Pintar

Pada masa kini, telefon bimbit bukan sahaja di gunakan sebagai alat perhubungan malah fungsi nya telah meningkat untuk kegunaan-kegunaan lain seperti melayari internet, mendengar muzik, kamera dan sebagainya. Di samping kebaikan teknologi ini, terdapat juga keburukan-keburukan yang harus kita tangani dengan bijak

Alat perhubungan / komunikasi

Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.

Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.

Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.

Mendapat maklumat terkini

aplikasi video call – Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.

Sebagai Alat Hiburan

Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter

Memudahkan Kerja

Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.